Maruah yang hilang -by "yuetwoone"
“Ya Allah,dugaan apa lagi ni..”. Sabrina terduduk di atas lantai bilik air setelah mendapati alat penguji kehamilan yang dibelinya di farmasi petang tadi telah menunjukkan tanda positif. Menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur. Sabrina menangis teresak-esak apabila secara tiba-tiba dia terkenangkan ibu bapanya yang berada jauh di kampung. “maafkan Rina mak...Rina tak dengar cakap mak, Rina anak tak berguna.., ayah ampunkan Rina..., Rina telah menconteng arang ke muka mak dan ayah..” hanya itu yang mampu terucap dari mulut Rina di kala itu. Air matanya berjuraian keluar membasahi pipi mulusnya itu. Sesekali Rina menumbuk-numbuk perutnya, perkara yang sudah dijangkanya benar-benar telah terjadi. Kewujudan janin diperutnya itu menambahkan lagi gusar di hatinya. Bagaimana dia mahu meneruskan pengajiannya yang masih ada tiga semester itu dengan membawa perut yang memboyot nanti, semakin hari perutnya itu akan semakin membesar dan bagaimana pula dia mahu menjaga anaknya apabila dilahirkan kelak. Sedangkan bapa kepada janinnya itu sudah tidak dapat dikenal pasti di mana kedudukannya kini. Persoalan-persoalan itu membuatkan Rina semakin hilang akal, digeleng-gelengkan kepalanya lemah. “semua ni salah taufiq, setan kau taufiq! Habis madu sepah dibuang., kau yang telah menyebabkan janin ini berada di perut aku..” dengus hatinya.
“Taufiq?, aku dimana ni?” Rina terkejut melihat kekasih hatinya yang sedang lena disebelahnya. Ditolaknya kasar tubuh taufiq yang terdedah itu. “apa awak dah buat dekat saya ni hah! Rina terkejut yang teramat sangat apabila mendapati dirinya sedang terbaring di sisi seorang lelaki yang cukup dikenalinya itu. Dia terasa suatu kelainan di badannya, diselaknya sedikit selimut yang menutupi tubuhnya hingga ke paras dada itu. sah! Tanpa Seurat benang pun. Awak rogol saya!? Jawab taufik! awak rogol saya ke!?” dilaungnya sekuat hati sambil menangis tersedu-sedan. Tuafiq bangun terpisat-pisat, dia cuba menenangkan Rina yang telah naik hantu itu. Rina memukul-mukul tubuh Tuafiq seakan-akan dia tidak mahu lelaki itu terus hidup lagi di dunia ini. “ssyyhhh.,tenang sayang..,saya boleh jelaskan semua ni.” Taufiq cuba memujuk Rina. “Kau nak jelaskan apa lagi! Sanggup kau rosakkan hidup kekasih kau sendiri! Selama ini aku beri sepenuh kepercayaan dekat kau! Tapi kau dah hancurkan hidup aku! Kau dah rampas kesucian gadisku! Manusia jenis apa kau ni taufiq!” Rina menolak kasar tubuh Taufiq sehingga Taufiq terdorong sedikit ke belakang, Taufiq hanya terkebil-kebil, barangkali masih mamai kerana baru dikejutkan dari mimpi yang indah dengan jerit pekik Rina sebentar tadi. Rina cuba untuk bingkas bangun, dia sudah benci untuk terus melihat muka Taufiq. Baginya sekali cintanya dihkianati dengan nafsu buas lelaki itu, dia tidak mungkin dapat menerima lelaki itu lagi dalam hidupnya, meskipun selama ini dia benar-benar tulus menyintai Taufiq. Esak tangis Rina semakin pilu, seakan-akan sedang meratapi nasib dirinya yang sudah dinodai oleh kekasihnya sendiri itu. Rina menarik kain selimut yang sedari tadi membaluti tubuhnya yang tanpa berpakaian itu. Lantas dia turun dari katil. Air matanya yang berterusan mengalir tanpa henti itu diseka dengan jemarinya yang runcing. sudah suratan takdirnya yang berkehendakkan semua ini berlaku, Rina tidak berdaya untuk melawannya. Hidupnya kosong kini. Hilang sudah keyakinan dirinya. Ke mana dia hendak membawa diri selepas ini dia juga tidak tau. Apa yang pasti dia tidak sanggup untuk terus manatap muka Taufik lagi. Rina mamandang sepi longgokan pakaian yang dipakainya semalam di atas lantai. Sungguh pilu hatinya saat terpandangkan pakaian yang sepatutnya mambaluti tubuhnya tetapi telah direntap oleh manusia bertopengkan haiwan itu, tetapi telah dilucutkan oleh lelaki yang tidak selayaknya mencerobohi hak peribadi miliknya. Hanya Tuhan yang mengetahui betapa pilu hatinya ketika itu. Rina memungut pakaiannya, lantas satu persatu disarungkan ke badan. Lengkap berpakaian, Rina mempercepatkan langkah untuk keluar dari bilik yang dianggapnya seperti ‘neraka’ itu. Sesampai di muka pintu, Rina memulas tombol pintu. Belum sempat dia melolos keluar, tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang. Rina berpaling dan memandang Taufiq dengan penuh kebencian. “lepaskan tangan aku! Aku tak rela kau menyentuh tubuhku lagi! Aku jijik!” jelingan tajam dihadiahkan kepada Taufiq. Rina cuba meloloskan diri, namun tenaga wanitanya tidak mampu menandingi kekuatan tenaga lelaki Taufiq. Tangannya semakin kuat dicengkam oleh Taufiq. “Rina...Please maafkan i... i sedar apa yang i dah buat dekat u semalam dah melampau... i betul-betul menyesal kerana tak dapat menahan keinginan i dekat u semalam.. i janji i akan bertanggungjawab.!” Taufiq cuba menarik Rina ke dalam pelukannya. Sekuat hati Rina menendang ‘benda alah’ milik taufiq, tepat mngenai di celah kangkangnya. “aduh! Ssshhh sakit nye..,ganas jugak awek aku nih...huh!” Taufiq bermonolog sendirian. Genggaman tangannya terlepas dek terkena tendangan sulung Rina sebentar tadi, dia terbongkok-bongkok menahan kesakitan. Rina lantas mengambli peluang itu untuk meloloskan diri. Akhirnya,huh! Lega!.
Tersentak dari lamunan, “ah, kenapa aku masih terkenangkan lagi perkara yang paling aku benci yang pernah berlaku dalam hidupku” Rina menutup matanya, sesekali kepalanya digeleng-gelengkan. Dia telah sedaya mungkin untuk tidak mengingati lagi peristiwa hitam itu. namun, malam ini dia benar-benar sudah lemah semangat. Rina cuba menyeru kembali kekuatan dirinya dengan berzikir dan berselawat sebanyak mungkin ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Lantas dia teringatkan sesuatu, “Allah tidak akan menguji yang tidak terdaya dipikul oleh hambaNya” mengingatkan kata-kata yang pernah disebut oleh ustaznya semasa dia di tingkatan4 dahulu itu seakan-akan telah menyuntik kembali semangatnya yang sudah diragut pergi dek berita kehamilannya sebentar tadi. Lantas Rina bingkas bangun menuju ke bilik mandi. Dengan sekadar membasahkan badan dan bersabun ala kadar. Rina mempercepatkan mandinya. Sudah beberapa jam dia berada di bilik air itu dia juga tidak pasti. Tetapi melihat keadaan kulitnya yang sudah agak kecut dan kebiruan itu sudah menandakan dirinya sudah lama kesejukan. Usai mandi, Rina mempercepatkan langkah menuju ke biliknya. Krekkkk...pintu ditolak dari luar. Rina menapak masuk ke bilik dengan langkah longlai. Dia terus mengelap rambutnya yang lurus separas bahu itu. memang tidak dinafikan Rina sangat bertuah kerana memiliki rambut yang sangat menawan. Hitam pekat, lembut dan lurus mengurai. Sehinggakan ada di antara rakan-rakannya mengesyorkan Rina untuk menghadiri uji bakat untuk menjadi model iklan syampu pada suatu ketika dahulu. Namun Rina tidak pernah berasa riak dengan kecantikan yang dimilikinya. Rina berjalan menuju ke almari pakaiannya. Dikeluarkannya sehelai tshirt bercorak doraemon dan sehelai seluar pendek separas lutut. Lalu disarungkan ke tubuhnya. Rina lebih selesa berpakaian sebegitu sebagai pakaian tidurnya. Rina merebahkan tubuhnya di atas katil dan berhajat untuk terus melelapkan matanya.
“Eh rina,kau buat ape kat bilik air tadi lama sangat? Muka kau pucat, Kau ok? Rina tidak menjawab pertanyaan sahabat baiknya itu, sekaligus merangkap sebagai roommatenya yang tersayang. Mereka telah berkongsi bilik sejak dari semester pertama pengajian. “awak,ada pen?”gadis yang berada di sebelah Rina bertanyakan pen kepadanya. “hah?, ada. Kejap saya nak guna dulu..” Rina sekadar berpaling sekilas kepada gadis yang ingin meminjam pennya itu. tidak sampai lima minit, “nah..ambik lah.” Rina menghulurkan pennya kepada gadis tadi. Kali ini dia memberi senyuman yang manis dan nampak lebih mesra. “thanks ye., sebenarnya pensel box saya tertinggal dalam kerata ayah saya tadi., awak dah siap isi boring tu?” borang yang berbagai warna itu telah siap diisi maklumat peribadinya. Ada yang berwarna biru, kuning dan putih, tiga helai kesemuanya. Semua belajar baru mendaftar pengajian perlu mengisi borang untuk tinggal di asrama yang telah disediakan oleh pihak universiti. “dah..nama saya Sabrina binti Mohd Marzuki, selamat berkenalan” lantas Rina menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Huluran tangannya disambut mesra. “saya Anis Erina Zhulkiflin..nice to meet you..” dari situlah bermulanya hubungan mereka sebagai sahabat karib, tambahan pula nama mereka disenaraikan sebagai rumet dan persahabatan mereka berdua berkekalan sehingga sekarang. Mereka selalu ke sana ke sini berdua. Dimana ada Rina disitu jugalah adanya Erin. Segala suka duka mereka berkongsi bersama. Oleh itu, tidak hairanlah kalau Erin berasa bimbang melihat keadaan sahabat karibnya itu. Diam,muram. “Rina! Kau dengar tak aku bercakap dengan kau ni!” Erin mencubit lengan Rina, geram sungguh dia dengan sikap Rina yang seperti orang bisu dan pekak itu. “hah? Kau Tanya ape Rin? Hehe.” Rina tersenyum seperti kerang busuk! Sebenarnya dia asyik teringat kembali detik perkenalannya dengan Erin sekian lama dahulu. Dia terlalu menyayangi persahabatannya dengan Erin. Ah Erin, bagaimana aku ingin menceritakan masalah ku ini kepada mu. Walaubagaimanapun, aku tidak sanggup untuk berpisah dengan mu wahai sahabat. “ish kau ni Rina..dari tadi kau asyik berkhayal ya? Aku Tanya kau,kau ok ke? Muka kau Nampak pucat. Aku risau tau..” Erin meletakkan tangannya ke dahi Rina, sejuk. “Kau tak demam kan?” bertuah sungguh Rina memiliki sahabat yang begitu mengambil berat terhadap dirinya. “aku ok la Rin..Cuma penat sikit, maklum la banyak tugasan yang perlu disiapkan dalam minggu ni. Kau jangan risau ya..!” Rina terpaksa merahsiakan perkara sebenar yang dialaminya kepada Erin. Dia tidak mahu terputus hubungan dengan sahabat baiknya itu gara-gara perihal kehamilannya itu, berbagai tanggapan buruk yang mungkin akan tercetus sekiranya dia memberitahu Erin bahawa dirinya hamil anak luar nikah. “ok lah kalau macam tu, kau tido lah. Rehat ok. Nite Rina.. jangan lupa mimpikan pakwe kesayangan kau tu ye..hehe” sebenarnya Rina tidak memberitahu Erin tentang hubungan cintanya dengan Taufik telah pun putus. Selama hampir sebulan taufiq tidak muncul lagi di depannya. Rina juga tidak lagi cuba untuk menghubungi Taufiq, dia ingin lari jauh dari lelaki itu. “ nite Erin...aku rasa macam nak mimpikan kau la malam ni..hohoho.” kemesraan antara mereka kadang-kadang lebih erat terjalin melebihi adik beradik kandung. Erin tersenyum riang dan berjalan menuju ke katilnya, dia merebahkan tubuhnya di situ. Lega hatinya apabila Rina sudah mula kembali ke sifat asalnya. Suka berjenaka dan kuat mengusik. “apa-apa je lah kau Rina.,asal kau bahagia!, aku nak mimpikan Mr.Right aku.!huhu” seketika, suasana menjadi sepi. Lena sudah kedua-duanya.
Uweeek! Masuk kali ni sudah kali ke tiga Rina memuntahkan isi perutnya. Sejak akhir-akhir ini badannya terasa sangat lemah. Mujurlah Erin mengambil cuti selama seminggu kerana terpaksa mengikut papanya pulang ke kampung. Neneknya sakit. jadi tidak perlulah dia risau kalau-kalau Erin mengesyaki sesuatu kelainan yang berlaku pada dirinya. Badan Rina semakin lesu, dia tidak ada selera untuk menjamah sebarang makanan pun. Sejak semalam perutnya hanya diisi dengan beberapa keping biskut oreal yang masih berbaki dalam tin biskut miliknya. Cukuplah sekadar untuk mengalas perut. Dia betul-betul mati selera makan. Rina merebahkan tubuhnya di atas katil, matanya terkebil-kebil memandang kipas yang berpusing ligat. Seligat itu jugalah otaknya berputar mecari jalan keluar daripada kemelut yang malanda dirinya kini. “mak!” di saat-saat genting sebegini Rina kerap terkenangkan ibunya di kampung. “apalah agaknya mak tengah buat sekarang ini..kalau lah mak tau keadaan diriku yang seperti sekarang ini mesti mak lah orang yang paling risau” Rina terkenangkan ibunya lagi. “tapi bagaimana aku hendak memberitahu mak tentang perkara yang aku sedang alami sekarang ini..aku tidak sanggup untuk melihat mak kecewa dan dihina oleh orang kampung kerana mempunyai anak perempuan yang tidak pandai menjaga maruah diri seperti aku.” Tinggal lagi dua hari Erin akan kembali ke kampus. Rina perlu cepat-cepat keluar dari kampus. Dia sudah nekad untuk berhenti belajar sebelum Erin kembali dari bercuti. Dia tidak mahu rahsianya yang mengandung anak luar nikah akan diketahui oleh Erin. Dia tidak sanggup sekiranya sahabat baiknya sendiri yang akan menghina dirinya sekiranya Erin mengetahui dia mengandung. Betapa dia terpaksa mengorbankan cita-citanya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang seni bina dan landskap. Harapan hanya tinggal harapan. Cita-citanya terkubur kini. Rina akur, keputusan drastik yang diambilnya itu adalah satu-satunya jalan terbaik yang dia Nampak. “Selamat tinggal kawan-kawan, Selamat tinggal kenangan, selamat tinggal Erin...” Tangisan pilu Rina mengiringi pemergiannya. Tanpa menunggu kepulangan Erin dia telah melangkah keluar dari kampus.
“Berhenti dekat depan tu ye pakcik” pemandu teksi itu sekadar menganggukkan kepalanya. Teksi yang dinaikinya itu meluncur terus menuju ke arah jalan yang diberitahu oleh Rina sebentar tadi. “cik dah sampai.” Pemandu teksi yang berusia dalam lingkungan seusia dengan ayahnya itu mengejutkan Rina daripada tidurnya. “hah, saya tertidur rupanya. Dah sampai?” Rina mengenyeh-ngenyeh matanya. Penat seharian menjinjit bagasi yang agak besar dan berat itu barangkali menyebabkan dia terlena kerana kepenatan. Pagi tadi dia terpaksa berjalan menuju ke stesen bus, kemudian sampai di perhentian beringin dia perlu mengambil teksi pula untuk sampai betul-betul di hadapan rumahnya. Perjalanan yang memakan masa hampir 5jam itu sudah cukup meletihkan dirinya yang sedang mengalami alahan itu. “ayahnya cuba awak tengok siapa datang depan rumah kita tu..ada teksi berhenti depan rumah kita lah” Halimah terjenguk-jenguk kapalanya mengintai melalui pintu dapur gerangan yang bertandang ke rumahnya itu. “tetamu yang nak datang ke rumah sidin kot” teka marzhuki. keluarga mereka dengan jiran-tetangga agak rapat. Lebih-lebih lagi Sidin. Mereka seperti satu keluarga. Anak-anak mereka juga begitu. Sejak kecil Sabrina sangat rapat dengan Mastura,Arifin dan Azila. Mereka bertiga adalah anak Sidin dan Maimunah. Setiap petang mereka pasti lepak sama-sama sambil mengulang kaji pelajaran. Kalau bukan di rumah Sabrina mereka melepak di atas pangkin di bawah pohon mangga yang rendang di hadapan rumah Sidin. Saat turun dari kereta, Rina berasa sayu dan terharu, kerana seingatnya sudah empat bulan dia tidak pulang ke kampung. Tapi kepulangannya kali ini adalah untuk selama-lamanya, dia tidak akan balik ke kolej lagi. “mak dan ayah pasti terkejut melihat kepulanganku secara mengejut” bisik hati Sabrina. Tarik nafas...huh! lepas! Rina mencari kekuatan untuk berhadapan dengan emak dan ayahnya. Dia berjalan setapak dua tapak tiga tapak dan akhirnya dia sampai di depan tangga rumahnya. Rumah kayu yang sederhana besar bercat kuning itu direnung lama. Perasaannya semakin berdebar-debar. Anak-anak tangga yang ada lima kesemuanya itu dipanjat satu persatu. Sampai di muka pintu dia tidak terus memberi salam, malah dia memasang telinga terlebih dahulu, ingin mempastikan yang penghuni rumahnya ada di dalam. Kedengaran suara ayahnya yang batuk-batuk kecil sesekali terdengar suara emaknya bercakap-cakap. Barangkali sedang menasihati ayahnya supaya berehat. Ayah memang sejak akhir-akhir ini kerap batuk. Sudah beberapa kali emak manasihati ayah supaya berhenti merokok, tetapi ayah degil. “awak tu dah tua elok lah kalau awak berhenti je merokok.. sakit nanti siapa yang susah..antibodi awak tu tak kuat lagi. Suda-sudah la tu ayahnya.” Begitu lah ayat yang selalu keluar daripada mulut emak apabila membebelkan ayah supaya berhenti merokok. Biasanya ayah hanya akan tersenyum apabila emak membebel. Dia sudah begitu masak dengan sikap emak. Walaupun kuat membebel, tetapi hati emak sangat baik. Membebel kan tandanya sayang. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya sakit. Bak kata orang lebih baik mencegah daripada mengubati. Lama berdiri di luar, Rina merasakan dia tidak perlu membuang masa lagi. Lalu salam dilaungkan dari luar. “Assalamualaikum... mak... Rina balik ayah..” Sebaik mendengar suara orang memberi salam dari luar Halimah terus melangkah menuju ke muka pintu. “Rina...kenapa balik tak bagitahu mak?” Halimah terkejut melihat anak perempuan kesayangan yang begitu dirinduinya itu sedang berdiri dihadapannya ketika ini. Rina terus memeluk emak kesayangannya itu dengan erat sekali. Pak Marzhuki kehairanan melihat kepulangan secara mengejut anak perempuan tunggal anaknya itu. Hati kecilnya berasa kurang enak. “Ah, mungkin hanya perasaan aku je barangkali” Pak Marzhuki cuba untuk menyedapkan hatinya. “Masuklah Rina, angkat bagasi tu ke dalam” Halimah mengajak anaknya masuk ke dalam rumah, tidak sabar rasanya dia untuk bertanyakan perkhabaran Rina di perantauan, biasanya setiap pulang ke kampung anak perempuannya itu akan menceritakan perkara-perkara yang dilaluinya di sepanjang pengajiannya. Halimah begitu senang sekali melayan celoteh Rina yang seperti murai tercabut ekor apabila bercerita itu. Hati tuanya berasa terhibur dan bahagia mempunyai anak yang manja dan pandai. Tidak lekang senyuman yang terukir di bibir Halimah ketika ini. Rindu yang sudah lama terpendam akhirnya terlerai sudah. Sekali lagi Pak Marzhuki berasa hairan kerana Rina pulang dengan membawa Beg pakaian yang besar, biasanya kalau bukan cuti semester Rina hanya akan pulang dengan membawa beg pakaian Garfield sahaja, saiznya lebih kecil dan ringkas. Malas katanya mahu membawa pulang pakaian yang banyak. Lagipun pakaiannya yang sudah sedia ada di dalam almari di rumahnya sudah mencukupi untuk dipakainya sepanjang musim percutian. Tetapi yang menghairankan kali ini Rina membawa pulang kesemua barang dan pakaiannya. Pak Marzhuki semakin gelisah, rasanya tidak sabar dia untuk bertanyakan Rina tentang keperihalan kepulangannya pada kali ini. Pada pengetahuannya, cuti semester belum lagi bermula. Jadi atas dasar apa Rina pulang dengan membawa pulang barang-barang yang banyak pada kali ini. Sebagai lelaki sekaligus merangkap sebagai bapa yang beriman, dia harus bersabar dan sentiasa mengingatkan dirinya supaya sentiasa berfikiran positif. Bukankah sabar itu separuh daripada iman?
Rina menjinjit bagasi pakaiannya ke dalam bilik tidurnya. Dia berfikir-fikir bagaimanakah caranya untuk dia berterus terang tentang sebab kepulangan mengejutnya itu kepada kedua orang tuanya. “walau apa cara sekalipun aku mesti berterus terang.. kalau disorok pun lambat laun mereka akan tau juga” bisik hati Rina. Malam itu Halimah begitu teruja untuk menghidangkan Suami dan anak kesayangannya dengan juadah yang istimewa. Ikan keli masak lemak cili api, sambal tumis udang campur petai, lokan rebus dengan serai. Dan pelbagai jenis ulam-ulaman, turut disediakan sambal belacan udang kering. Aroma masakannya begitu membangkitkan selera Rina yang kebetulan teringin mahu makan lokan rebus yang dicampur dengan beberapa batang serai yang diketuk. Makanan itu adalah menjadi kegemaran Rina sejak dia kecil lagi. Biasanya apabila habis isi lokan itu diratah, kuah rebusan itu juga turut dihirupnya sehingga habis semangkuk. Usai memasak, Halimah memanggil suami dan anaknya makan malam. Rina terus melompat turun dari katil apabila mendengar suara emaknya memanggil-manggil namanya. “kejap mak, Rina datang sekarang! Lokan rebus tunggu! beta akan segera maratahmu beberapa saat saja lagi..hohoho” begitulah gelagat Rina yang sentiasa menghiburkan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Rina seakan-akan lupa seketika tentang masalah yang dihadapinya. Apa yang ada di fikirannya kini cuma objek yang bernama lokan rebus yang masih panas berasap yang mengeluarkan aroma yang menggoda selara makannya. Sehingga ke titisan yang terakhir kuah rebusan lokan habis dihirupnya. “erghh, Alhamdulillah.” Rina sendawa kekenyangan. Semasa membantu emaknya mengemas meja makan, Rina mencapai tangan ibunya. Diusap dan diciumnya lembut. Haliamah terkedu dan berasa hairan dengan tindakan Rina yang tiba-tiba bertukar emosional itu. “ Rina sayangkan mak dan ayah sangat-sangat” kali ini air matanya mula bergenang di tubir mata. “mak sayangkan Rina kan?” tiba-tiba terpacul soalan klasik itu dari mulut mugilnya. “ mak sayang Rina sangat-sangat. Rina satu-satunya permata hati mak. Rina adalah madu dan Rina jugak lah racun pada mak dan ayah.” Halimah mengosok-gosok tubuh Rina. Rina merasakan ada kedamaian di situ. “ kenapa tiba-tiba Rina Jadi emo ni? Takut mak tak sayang Rina ye?” Halimah tersenyum, geli hatinya melihat Rina yang bersikap begitu, lagaknya seperti seorang kekasih yang sedang meragui cinta sang kekasihnya. Rina Cuma menggelengkan kepalanya, dia melentokkan kepalanya ke bahu emaknya. Manja. Tiba-tiba dia berasa tekaknya loya..dan apa lagi, terus berlari ke singki bagi memuntahkan isi perutnya. “Wah...banyaknya lokan yang aku makan tadi, ui..warna hitam, air sirap bandung yang aku minum tadi pun terkeluar sekali.eee yek! Nasib la perut.. tak sempat kau nak hadam makanan yang aku makan tadi.huhuhu” tubuh Rina terasa lemah, dia terasa pening dan belum sampai dua langkah dia mahu berganjak dari singki sekali lagi tekakkan seperti dijolok dari dalam . Habis terkeluar semua isi perutnya. Kali ini dia betul-betul sudah hilang tenaga. “ Rina sakit ke? Kenapa kerap sangat muntah-muntah ni? Kita pergi hospital ye. Barangkali Rina keracunan makanan. Tu la... kan mak dah pesan jangan hirup banyak sangat kuah lokan tadi tu..kan dah keracunan ” tak henti Halimah membebelkan Rina. Dia risau akan keselamatan Rina sebenarnya. Maklumla anak perempuan seorang, anak tunggal pulak tu. Rina cukup disayangi oleh mak dan ayahnya. Bertuah Rina manjadi anak tunggal mereka.
“ tak payah pergi jumpa doktor la mak. Sebenarnya Rina ada perkara nak bagitahu mak” Rina berjeda seketika, menarik dafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata-kata. Halimah yang mula berasa tidak sedap hati menunggu dengan sabar tutur anaknya yang seterusnya. “ sebenarnya Rina balik ke kampung adalah untuk selama-lamanya mak.., Rina tak akan balik lagi ke kolej, Rina dah berhenti belajar.” Rina menundukkan kepalanya tidak sanggup dia untuk melihat wajah kekecewaan emaknya yang selama in begitu berharap dia akan membawa pulang segulung ijazah. “ tapi kenapa Rina? Rina ada masalah lain ke?” suara Halimah mengendur. Tidak disangka harapannya untuk melihat anaknya naik ke pentas semasa menerima ijazah dalam majlis konvokesyen nanti telah berderai. “ “Rina malu pada diri Rina sendiri, Rina malu pada kawan-kawan, Rina malu pada mak dan ayah....” Rina tidak meneruskan kata-kata, dia terus menangis teresak-esak. Halimah memeluk anaknya erat. “ ceritakan pada mak, Rina ada masalah apa sebenarnya? Mak sentiasa ada disisi Rina. Mak terlalu sayangkan Rina..cerita dekat mak sayang..” Halimah menjadi binggung, permasalahan apa yang sedang ditanggung oleh Rina sehingga dia bertindak berhenti belajar. Sedangkan suatu ketika dahulu Rina lah yang begitu teruja untuk melanjutkan pejaran ke unuversiti. Rina seorang yang pandai. Dia terfikir alangkah ruginya anaknya itu tidak menghabiskan pengajiannya. Namun, sebagai ibu dia perlu mengambil kira tentang sebab mengapa Rina berhenti belajar dengan tiba-tiba. “bertenang Rina cuba bagitahu mak apa masalah Rina... mak janji mak akan cuba mambantu sehabis daya yang mak ada.” Begitu belas Halimah melihat kesedihan anaknya itu. “ mak janji akan maafkan kesilapan Rina?” Rina bertanya polos. “ ya, mak janji sayang.. cerita la dekat mak nak. Mak tak kan biarkan anak mak kesusahan. Mak janji.” Seperti berikhrar Halimah meyakinkan Rina tentang kasih sayang yang tidak terbelah bahaginya terhadap anaknya itu. “ sebenarnya Rina mengandung mak..” Rina menitiskan air mata, dia menundukkan mukanya ke lantai, tidak sanggup dia untuk memandang wajah kecewa emaknya itu. Halimah terdiam, tiada reaksi, hanya perkataan ‘Allah’ yang terpacul dari mulutnya. Dia tergaman mendengar pengakuan Rina itu. manakala di luar sebalik pintu dapur, Marzhuki terduduk tersandar di dinding. Dia tidak sengaja untuk mendengar perbualan kedua beranak itu, hajatnya untuk mengambil minuman di dapur terhenti apabila dia terdengar suara esakan tangis Rina. Dia mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja hajatnya itu, namun pengakuan yang keluar dari mulut Rina itu terus mengunci kakinya dari terus melangkah. Dia terduduk di situ, lama. Air mata lelakinya gugur jua ke bumi. Hampa berkecai hati seorang bapa untuk melihat anaknya berjaya dalam hidup dan bakal disegani oleh masyarakat. Halimah berdiri dia tidak dapat menahan kekecewaannya. Lantas dihayunkan langkahnya untuk beredar. Ke mana dia mahu mencari ketenangan. Anak kesayangannya telah mencontengkan arang ke mukanya. Tiba di muka pintu dapur Halimah terpandangkan suaminya yang terduduk disitu. “abang...! maafkan Mah bang, Mah tak pandai mendidik anak.” Halimah memeluk suaminya, dia menagis di bahu suaminya.
“Padan la dengan muka kau Limah, manjakan sangat anak kau tu... tengok apa dah jadi sekarang, belajar belum sampai ke mana dah usung perut, kalau awal-awal lagi kau kahwinkan aje Rina tu kan bagus. Ini tak, nak hantar anak belajar tinggi-tinggi konon, belajar sekerat jalan dah tunggu masa nak bersalin. Tak ada suami pulak tu! Mengandung anak luar nikah! Memalukan nama kampung aje! Huh! Dasar perempuan gatal!” Halimah sudah lali mendengar hinaan orang-orang kampung terhadap keluarganya. Dipekakkan sahaja telinga apabila mendengar kata-kata cacian daripada orang-orang yang berselisih dengannya setiap kali dia ingin ke pasar untuk membeli barang dapur. Sementara Sabrina hanya berkurung di dalam rumah, Cuma sesekali dia turun menyapu sampah dan menjemur kain di halaman rumahnya. Kandungannya kini sudah masuk usia lima empat bulan. Perutnya sudah Nampak berisi sedikit.
“Rina, ayah ada benda nak bincang dengan Rina” Marzhuki duduk di atas kerusi sambil membetul-betulkan kopiahnya. Dia menggamit Rina supaya duduk berbincang dengannya. Rina akur, dia berjalan perlahan-lahan menghampiri ayahnya itu, dia mengambil tempat duduk disebelah ayahnya. Marzhuki memandang tepat ke anak mata Rina, dia serba salah untuk memberitahu Rina perkara sebenar yang bakal dibincangkan nanti. Baginya Rina Masih anak gadisnya yang nakal dan manja sama seperti dahulu. Mana mungkin dia mampu untuk melepaskan Rina dari bawah jagaan ke tangan orang lain. Namun, dia terpaksa akur. Sudah sampai masanya untuk Rina mencari kebahagiaannya sendiri. Lagipun dia yakin Razlan mampu menjaga Rina dengan baik dan membimbing ke jalan yang diredhai Allah SAW. Mudah-mudahan. Begitulah tulusnya kasih seorang ayah. Sentiasa mengharapkan kebahagiaan anaknya yang tercinta. Marzhuki sudah tidak tahan lagi melihat Rina hidup dalam keadaan tertekan. Betapa masyarakat terlalu menghina Rina. Lantas dia telah membuat keputusan untuk menikahkan Rina dengan Razlan, anak kawan baiknya sendiri “ ayah dah terima lamaran Razlan untuk menjadikan Rina Sebagai isterinya yang sah.. lepas Rina melahirkan anak, Rina akan terus dikahwinkan dengan Razlan.. ayah dah fikir masak-masak, ini semua untuk kebaikan Rina dan bakal cucu ayah yang dalan perut Rina sekarang ni.” Begitu tegas sekali keputusan Marzhuki. Nak tak nak. Rina terpaksa akur menerima Razlan sebagai calon suaminya. Mereka diikat dengan tali pertunangan seminggu selepas perbicangannya dengan ayahnya tempoh hari. Hari ini Rina sah bergelar tunangan Razlan. Lelaki yang berperwatakan sopan dan kacak. Terlalu baik budi pekertinya. Oleh kerana itu Marzhuki dan Halimah tidak teragak-agak untuk menerima lamaran Razlan untuk memperisterikan Rina, gadis yang diminatinya sejak zaman sekolah lagi. Cintanya untuk Rina tidak pernah berubah. Sehinggalah dia mngetahui Rina berhenti belajar dan sedang hamil anak luar nikah. Razlan sanggup menerima Rina walaupun mengetahui keadaan Rina yang sebenar. Semoga Razlan benar-benar tulus menyintai Rina dan kebahagiaan menjadi milik mereka berdua.